Boleh ke saya buat duit di online ni?

Anda ke sini pasti ingin mencari cara nak buat duit secara online iaitu melalui internet..betul tak? Kalau tidak masakan anda berada di blog ini sebabnya anda pasti tertanya-tanya pada diri sendiri .. Boleh ke saya buat buat duit Online ni?

Sebenarnya BOLEH….. asalkan maklumat yang nak disampaikan boleh dicapai pada sesiapa saja di internet ni. Maklumat maklumat bisnes, maklumat produk yg nak dijual atau nak dipromosi ni boleh dihebahkan dalam berbagai cara – menerusi online ni… ia boleh dibuat dalam bentuk website seperti blog ke, hantar post di facebook ke , letak iklan di portal laman laman website yg popular, rekomen dan berbincang di forum online, post video di youtube ke, boleh cerita di twitter ke, tulis artikel ke dan banyak la lagi caranya . Paling penting maklumat kita sampai pada pengguna. Macamana orang nak tahu kita jual apa atau mempunyai perkhidmatan / kepakaran servis apa2 ke kalau mesej tak sampai ..betul tak?

Contoh katakan saya ada masalah jerawat dan nak sangat petua macamana nak hilang jerawat . Saya pun pasang komputer buka internet dan pi ke carian Google.com dan taip Petua hilang jerawat atau apa-apa kata kunci mengenai masalah jerawat. Tekan enter …ha tu dia kan banyak laman-laman yang membincang pasal topik yang saya nak cari tu. Topik mana yang saya nak klik ? Tentunya yang sama dengan kata-kata kunci yang saya taip tadi ataupun topik topik yang mengancam pada pandangan saya. Kalau laman yang saya klik itu merupakan website yang menjual produk jerawat ke atau jual ebook mengenai petua hilang jerawat ke dan saya sangat ingin mencubanya atau nak mengetahui petua nya maka saya pun Membeli melalui butang Order yang disediakan. Lihat pemilik laman web ini telah berjaya membuat duit secara online dan saya adalah pembelinya kerana maklumat yang saya hendak sangat tu sampai pada saya dari peniaga ini.

Yang paling best di internet ni semua orang boleh buat duit. Peniaga (ada produk) boleh buat duit… yang tak meniaga ( (x da produk) pun boleh buat duit…Macamana tu? Dengan adanya kemudahan internet ni, yang meniaga boleh guna media ini untuk menjual produk mereka dengan membina laman website jualan manakala yang x meniaga boleh jadi agen promosi jualan pada peniaga ini(rakan affiliate) dan di beri komisen bila ada pembelian. Ok Kan!

Di sebabkan ramai yang teruja dengan nak buat duit secara online ini maka permintaan untuk mendapatkan maklumat maklumat bagaimana nak buat duit dari rumah sangat tinggi maka pemasar pemasar internet yg OTAI berlumba-lumba membuat produk digital ini bagi memenuhi permintaan maka timbul bermacam2 info / tool-tool penting asas bisnes online seperti:
# Cara nak buat website
# Cara nak pilih nama DOMAIN yang betul, daftar domain + sewa Hosting yang sesuai
# Cara nak pasang WordPress, panduan Cpanel
# Cara nak pasang order form la, nak pasang skrip agen jualan ( affiliate)
# Cara nak menjadi affiliate yang berjaya – Clickbank.com
# Cara nak dapat trafik – pelanggan yang ramai la
# Cara bina nama senarai pelanggan autolist
# Cara nak guna emel autoresponder
# Cara nak promosi yang betui la
# Cara nak guna sistem terima bayaran – Paypal
dan bermacam cara-cara la…

One Response to “Boleh ke saya buat duit di online ni?”

  • Admin on July 18, 2012

    Selamat datang.
    Semoga anda boleh buat duit pendapatan sampingan dari rumah dengan gunainternet.
    Selamat berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Jom Buat Duit Dari Rumah

    Join Program Yang Berwibawa Join Program Yang Bermodal Mampu Biayai Join Program Yang Tawar Produk Keperluan Ramai Join Program Yang Beri Bonus Lumayan KLIK SINI dan MOH Buat Duit Dari Rumah
  • Jom Buat Duit Di Bossventure

    Bossventure tawar untung harian pada sesiapa yang ingin beli lesen resellernya. Dapat peek kredit 100 dollar us tetapi nilai ini jika di biar dengan beli balik keuntungan harian boleh mengumpul potensi keuntungan sehingga 2700 dollar dalam tempoh setahun. Kalau modal 100 dollar beri pulangan 2,700 dollar Tambahan 10,000 dollar pasti beri 270,000 dollar Yang best kita boleh buat pilihan samada nak keluar duit untung harian ni semua atau ambil sebahagian peratus untuk tujuan belanja harian. untuk info lebih detail KLIK SINI NAK BUAT DUIT DENGAN BOSSVENTURE
  • Buat Duit Di AeanParadize

    Rugi tidak ambil peluang buat duit dengan Asean Paradize. Kita melabur modal ke projek bersaiz mega di Laos. Bakal memberi pulangan berlipat kali ganda. Kerajaan Loas memberi tanah secara percuma kepada AseanParadize untuk mengurus pembangunan projek ini. Ia juga adalah projek usahasama antara anak lelaki perdana menteri Malaysia dan anak perempuan pm Laos yg juga ahli lembaga pengarah syarikat. Dana Asean paradize diurus oleh Sititrust syarikat kewangan offshore berpengkalan di labuan. Memang mantap >JOM JOIN