Bisnes Di Rumah

10 sebab bestnya buat bisnes di rumah :

BEBAS : Ya….. Kebebasan adalah alasan yang utama. Bekerja di rumah sendiri maknanya anda bebas untuk menentukan apa dan bagaimana pekerjaan anda. Andalah yang menentukan segalanya. Tak ada siapa yang nak melarang apa yang  anda nak buat, nak rancang , nak labur dan sebagainya.

JIMAT MASA DAN DUIT : Tidak diperlukan banyak modal untuk menjalankan  bisnes anda. Bilik tidur rumah pun boleh jadi pejabat . Jimat duit sewa.

ANDA BOS : Anda pernah bermimpi nak jadi Bos….?….Ha…inilah saatnya anda menjadi bos bagi diri anda sendiri. Anda bekerja untuk diri sendiri, anda la tokey andalah kuli andalah yang menentukan jam kerjanya dan tentunya anda juga yang menentukan berapa layaknya anda dibayar.

WAKTU BEBAS : Tidak payah nak kerja ikut masa . Rasa nak buat pukul 1 pagi pun boleh… pukul 12 malam pun boleh ….tak ada jam kerja yang rutin yang spesifik. Anda boleh menjalankan bisnes anda sambil masak bahkan sambil melayan ragam karenah  anak-anak  anda. Bila rasa bosan, boleh keluar ambil angin bagi menenangkan fikiran. Tak perlu nak minta izin orang lain semuanya bebas untuk dilakukan dan bisnes dapat dijalankan serentak.

BISNES 24 JAM : Urus cuma sekali lepas itu semua kerja kerja promosi bisnes online berjalan 24 jam tanpa henti. Promosi boleh kita lakukan sendiri atau boleh juga upah agen lain. Bisnes online kita tetap on… walau semasa kita sedang enak dibuai mimpi .

KERJA DARI MANA MANA: Ada komputer dan ada kemudahan internet sudah boleh buat bisnes ni tak kira dimana.

MODAL MURAH : Berapa modal yang diperlukan…?…. yang jelas anda tidak perlu pergi ke bank untuk meminjam duit untuk nak start bisnes ni. Ada beberapa ratus ringgit pun dah cukup nak mula.

SIMPAN SEMUA KEUNTUNGAN : semua komisen masuk dalam akaun sendiri . Bebas nak keluar atau simpan.

BUAT DUIT SAMBIL TIDUR : Satu satunya cara bisnes yang boleh buat duit ketika anda sedang melakukan lain lain aktiviti hatta sedang tidur. Bayangkan kerja makan gaji menempuh 8 jam yg memenatkan badan dan minda. Home Based Business ini dengan bantuan internet bagaikan  menciptakan mesin duit yang akan bekerja 24 jam nonstop. Banyak masa jimat untuk buat kerja lain.

RAMAI BUAT BISNES INI : Anda bukan keseorangan dan bukan satu-satunya yang memilih jalan hidup untuk buat kerja dari rumah.

One thought on “Bisnes Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>